Tuesday, March 24, 2009

Lawatan ke Shebam and Kewkaban

Khamis lepas aku dan rombongan pelajar serta ibuku telah pergi membuat lawatan ke sebuah daerah luar bandar Sana'a iaitu lebih kurang 25km jauhnya. Memang jika dilihat daripada kilometer kedudukan tempat ini tidaklah jauh tetapi disebabkan sikap kebanyakkan pemandu-pemandu Arab ini menyebabkan perjalanan menjadi lambat. Ini ditambah pula dengan masalah tentera yang mengawal di sempadan daerah. Surat perlepasan atau surat kebenaran perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum lawatan dibuat. Jika tidak kemungkinan pelbagai masalah akan dihadapi terutama kepada pelancong atau orang asing yang ingin berkunjung ke Shebam dan Kewkaban. Perjalanan kami yang mula pada jam 8.30 pagi sampai ke destinasi pada jam 11.00 pagi.

Memang amat menakjubkan, Kewkaban merupakan sebuah kampung batu yang terletak di atas sebuah gunung batu ketinggian lebih kurang 3000 meter. Rumah-rumah yang dibina dengan batu terletak di curam dan lereng gunung tersebut membayangkan kehebatan seni akitektur mereka bermula 3000 tahun yang lalu. Saya sempat bergambar dengan pelajar dan ibu saya dipuncak Kewkaban.

Penzina Ditimpa Empat Kecelakaan

"Setiap kali membeli akhbar tempatan,sering kali kita dikejutkan dengan berita tentang pembuangan bayi,semua ini terjadi seolah-olah manusia sudah ketiadaan ilmu agama serta betapa tipisnya iman dan islam yang ada didalam hati mereka,mereka tanpa memikirkan akibatnya,nikmatnya hanyalah didunia tetapi fikirknlah diakhirat kelak,DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.

Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.

Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.

Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar.

Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya.

Firman Allah, yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk." (Surah al-Isra', ayat 32).

Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: "Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam, iaitu hilang seri pada mukanya, disempitkan rezekinya, kemurkaan Allah atasnya, dan ia berkekalan dalam neraka."

Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.

Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.

Firman Allah, yang bermaksud: "Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin." (Surah an-Nur, ayat 2)

Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman bermaksud: "Katakanlah, wahai hamba-Ku yangmelampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: "Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat." (Surah al-Hijr, ayat 56).

Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

Wednesday, March 18, 2009

Malam minggu di Sana'a

Hari Rabu merupakan hari terakhir minggu bekerja bagi kebanyakkan masyarakat Yaman di Sana'a.Hari cuti mingguan jabatan kerajaan dan swasta di sini ialah pada hari Khamis dan Jumaat. Jumlah kepadatan penduduk seramai 14.7 juta di bandar Sana'a ibu negara Yaman ini mengikut bancian 2005 menyebabkan bandar Sana'a ini menjadi sibuk setiap petang hujung minggu sepertimana sibuknya masyarakat Malaysia berpusu-pusu membeli-belah menjelang Hari Raya.

Minggu ini, seperti setiap hujung minggu setelah selesai waktu pejabat dan menunaikan fardu Asar saya dan rakan sepejabat akan terus menaiki debab (Bus - van kecil) panggilan bagi orang Arab Yaman menuju ke Tahrir Street, Sana'a. Minggu ini ramai sedikit rakanku yang mengikut ke bandar, ditemani oleh seorang rakan Arab tempatan (Abdullah). Tambang seperjalanan ke bandar hanya 40 Rial Yaman seorang, tetapi disebabkan kami pergi sekumpulan, maka drebar debab ini menganggapkan kami menyewa kenderaan keseluruhan. Setelah sampai ke destinasi,tambang yang dikenakan sebanyak 700 Rial, walhal sepatutnya hanya 240 Rial.Perbalahan telah berlaku antara drebar debab dengan rakan Arabku tentang caj yang dikenakan.Namun akhirnya kami mengalah juga disebabkan tidak mahu berbalah dengan drebar tersebut.

Memang itulah yang akan berlaku setiap kali jika kita menaiki debab di Sana'a ini terutamanya apabila kita menyewanya.

bersambung...

Sunday, March 15, 2009

Dosa Kuku Panjang

DOSA KUKU PANJANG

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti
memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang .

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Sekarang ni ramai yang pakai cincin...tapi ikut suka dia je..sunnah nabi jarang nak ikut ..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad
Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Tuesday, January 20, 2009

Sejarah Tesco Wallahualam

Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News(www.ljn.co.uk) diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England .Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluargaYahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambil daripada nama isterinya Tessa Cohen. Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London , England .Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat"search" di internet dengan menaip "Tesco Jewish" dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu menyokongYahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli-belah di Tesco.

Sunday, January 18, 2009

Antara derita GAZA dan gembira Mawi

  1. Adalah amat sedih sekali apabila kita melihat saudara-saudara kita di Gaza saban hari dihakis oleh zionis yahudi yang menganyang rakyat Palestin tidak mengira umur dan pangkat. Sudah lebih 20 hari holocaust ini bermula, kita sebagai saudara yang majoriti seagama dengan mereka merasa simpati tidak terhingga atas peristiwa yang berlaku. Satu perlakuan yang melampaui ciri-ciri manusia yang bertamadun. Akan tetapi disebalik semua kesedihan ini ada juga saudara seagama mereka berseronokan hingga lupa diri, dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri. Begitulah nasib kita orang Islam dihina atau diperguna akibat daripada kebodohan, kelemahan dan juga kekufuran kita terhadap Allah s.wt. Berlebihan membuat sesuatu untuk menunjuk-nunjuk mengakibatkan rasa riak. Mawi satu nama yang gah dalam industri hiburan di Malaysia. Hinggakan majlis perkahwinan dibuat dari tahun 2008 hingga 2009 sesuatu yang kononnya hebat dan tidak pernah terjadi di Malaysia. Apa yang mendukacitakan ialah perbelanjaan yang sebegitu besar dihabiskan untuk berseronok-seronok meraikan dua mempelai yang telah sah dan dimeriahkan pada tahun 2008. Apalah salahnya Mawi sedekahkan sahaja jumlah perbelanjaan majlis ke tabung Gaza. Membantu saudara-saudara kita yang tidak tentu makan dan tidur. Tolak sahajalah pemberian mereka yang ingin sponsor majlis tersebut atau terima dan halakan ke Gaza ini adalah lebih baik untuk mengelakkan diri kita menjadi riak dan takbur. Sesungguhnya kita haruslah rasional dan tidak wajar gembira dalam masa kesedihan orang lain.

SMASH UP YOUR LIFE

Assalamualaikum to dear brothers and sisters,

My warmest welcome,

This is my first blog, sorry, its being quite a while for me to create this column. May Allah s.w.t be always be with us in inspiring our faith in Islam. To our brothers and sisters please do visit my blog to hear any news with regards to Islamic activities held in Malaysia.

Thanks.

Wassalam.