Wednesday, March 18, 2009

Malam minggu di Sana'a

Hari Rabu merupakan hari terakhir minggu bekerja bagi kebanyakkan masyarakat Yaman di Sana'a.Hari cuti mingguan jabatan kerajaan dan swasta di sini ialah pada hari Khamis dan Jumaat. Jumlah kepadatan penduduk seramai 14.7 juta di bandar Sana'a ibu negara Yaman ini mengikut bancian 2005 menyebabkan bandar Sana'a ini menjadi sibuk setiap petang hujung minggu sepertimana sibuknya masyarakat Malaysia berpusu-pusu membeli-belah menjelang Hari Raya.

Minggu ini, seperti setiap hujung minggu setelah selesai waktu pejabat dan menunaikan fardu Asar saya dan rakan sepejabat akan terus menaiki debab (Bus - van kecil) panggilan bagi orang Arab Yaman menuju ke Tahrir Street, Sana'a. Minggu ini ramai sedikit rakanku yang mengikut ke bandar, ditemani oleh seorang rakan Arab tempatan (Abdullah). Tambang seperjalanan ke bandar hanya 40 Rial Yaman seorang, tetapi disebabkan kami pergi sekumpulan, maka drebar debab ini menganggapkan kami menyewa kenderaan keseluruhan. Setelah sampai ke destinasi,tambang yang dikenakan sebanyak 700 Rial, walhal sepatutnya hanya 240 Rial.Perbalahan telah berlaku antara drebar debab dengan rakan Arabku tentang caj yang dikenakan.Namun akhirnya kami mengalah juga disebabkan tidak mahu berbalah dengan drebar tersebut.

Memang itulah yang akan berlaku setiap kali jika kita menaiki debab di Sana'a ini terutamanya apabila kita menyewanya.

bersambung...

1 comment: