- Adalah amat sedih sekali apabila kita melihat saudara-saudara kita di Gaza saban hari dihakis oleh zionis yahudi yang menganyang rakyat Palestin tidak mengira umur dan pangkat. Sudah lebih 20 hari holocaust ini bermula, kita sebagai saudara yang majoriti seagama dengan mereka merasa simpati tidak terhingga atas peristiwa yang berlaku. Satu perlakuan yang melampaui ciri-ciri manusia yang bertamadun. Akan tetapi disebalik semua kesedihan ini ada juga saudara seagama mereka berseronokan hingga lupa diri, dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri. Begitulah nasib kita orang Islam dihina atau diperguna akibat daripada kebodohan, kelemahan dan juga kekufuran kita terhadap Allah s.wt. Berlebihan membuat sesuatu untuk menunjuk-nunjuk mengakibatkan rasa riak. Mawi satu nama yang gah dalam industri hiburan di Malaysia. Hinggakan majlis perkahwinan dibuat dari tahun 2008 hingga 2009 sesuatu yang kononnya hebat dan tidak pernah terjadi di Malaysia. Apa yang mendukacitakan ialah perbelanjaan yang sebegitu besar dihabiskan untuk berseronok-seronok meraikan dua mempelai yang telah sah dan dimeriahkan pada tahun 2008. Apalah salahnya Mawi sedekahkan sahaja jumlah perbelanjaan majlis ke tabung Gaza. Membantu saudara-saudara kita yang tidak tentu makan dan tidur. Tolak sahajalah pemberian mereka yang ingin sponsor majlis tersebut atau terima dan halakan ke Gaza ini adalah lebih baik untuk mengelakkan diri kita menjadi riak dan takbur. Sesungguhnya kita haruslah rasional dan tidak wajar gembira dalam masa kesedihan orang lain.
Sunday, January 18, 2009
Antara derita GAZA dan gembira Mawi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment