Tuesday, January 20, 2009

Sejarah Tesco Wallahualam

Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News(www.ljn.co.uk) diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England .Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluargaYahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambil daripada nama isterinya Tessa Cohen. Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Yahudi Willesden, London , England .Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat"search" di internet dengan menaip "Tesco Jewish" dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu menyokongYahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli-belah di Tesco.

Sunday, January 18, 2009

Antara derita GAZA dan gembira Mawi

  1. Adalah amat sedih sekali apabila kita melihat saudara-saudara kita di Gaza saban hari dihakis oleh zionis yahudi yang menganyang rakyat Palestin tidak mengira umur dan pangkat. Sudah lebih 20 hari holocaust ini bermula, kita sebagai saudara yang majoriti seagama dengan mereka merasa simpati tidak terhingga atas peristiwa yang berlaku. Satu perlakuan yang melampaui ciri-ciri manusia yang bertamadun. Akan tetapi disebalik semua kesedihan ini ada juga saudara seagama mereka berseronokan hingga lupa diri, dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri. Begitulah nasib kita orang Islam dihina atau diperguna akibat daripada kebodohan, kelemahan dan juga kekufuran kita terhadap Allah s.wt. Berlebihan membuat sesuatu untuk menunjuk-nunjuk mengakibatkan rasa riak. Mawi satu nama yang gah dalam industri hiburan di Malaysia. Hinggakan majlis perkahwinan dibuat dari tahun 2008 hingga 2009 sesuatu yang kononnya hebat dan tidak pernah terjadi di Malaysia. Apa yang mendukacitakan ialah perbelanjaan yang sebegitu besar dihabiskan untuk berseronok-seronok meraikan dua mempelai yang telah sah dan dimeriahkan pada tahun 2008. Apalah salahnya Mawi sedekahkan sahaja jumlah perbelanjaan majlis ke tabung Gaza. Membantu saudara-saudara kita yang tidak tentu makan dan tidur. Tolak sahajalah pemberian mereka yang ingin sponsor majlis tersebut atau terima dan halakan ke Gaza ini adalah lebih baik untuk mengelakkan diri kita menjadi riak dan takbur. Sesungguhnya kita haruslah rasional dan tidak wajar gembira dalam masa kesedihan orang lain.

SMASH UP YOUR LIFE

Assalamualaikum to dear brothers and sisters,

My warmest welcome,

This is my first blog, sorry, its being quite a while for me to create this column. May Allah s.w.t be always be with us in inspiring our faith in Islam. To our brothers and sisters please do visit my blog to hear any news with regards to Islamic activities held in Malaysia.

Thanks.

Wassalam.